Sunday 12 August 2012

mujahidah

jalan seorg mujahidah bkn la mudah namun tidak juga payah kerana Allah telah berjanji takkan dibebani seorg itu melebihi dari kemampuannya. teringat akan satu bait nasyid yg seringku dengar.
bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba..

semestinya tidak kerana syurga itu mahal harganya. redha Illahi yg menentukan segalanya.
hati ini bukan la seperti Saiditina Fatimah, puteri Rasulullah dan bukan juga seperti Saiditina Khadijah, seorg mujahidah yg ternama. jauh sekali hatiku dari hati mereka.namun akan ku gagahi langkah ini. utk bergerak setapak dekat denganNya.

belajar itu juga jihad ya ukhti, pesan sahabatku.
ya, benar sekali. hanya itu yg termampu ku lakukan. demi Islam yg kusayang
belajar dan terus belajar agar Islam tidak mudah diperlekehkan
aku sedar kehadiranku di sini bkn satu permainan. bkn juga satu senda gurauan
perjalanan yg menanti mungkin penuh dgn onak dan duri
namun ttp akn ku tempuhi
kerana keredhanNya yg ku cari..

0 comments:

Post a Comment

What's up??

What's up??
Powered by Blogger.

Is it not time for the ummah to devote themselves to Allah? -Al- Kahfi-

© Unbreakable, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena